Catatan

Cara belajar

BEBERAPA PERINGATAN KEPADA PELAJAR 1.     Tidak keterlaluan membaca sehingga kurang tidur. 2.     Belajar dengan hati yang tenang dan lapang. Pastikan semua kerja atau masalah diselesaikan terlebih dahulu sebelum anda memulakan pembelajaran/study. 3.     Disiplinkan diri anda. Pastikan anda tidak membuang masa dengan kerja-kerja yang sia-sia. Tepatilah masa belajar yang anda telah tetapkan dan pastikan anda ada masa untuk merehatkan otak secukupnya. 4.     Elakkan daripada memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda letih dan mengantuk.Elakkan diri anda daripada membaca dan menghafal matematik. Sebaliknya cubalah memperbanyakkan latihan mengira dan memahami formula dan konsepnya. 5.     Berbincang dengan rakan yang lebih memahami dan elakkan daripada sifat malu bertanya. 6.     Elakkan daripada sifat menangguhkan sesuatu kerja yang diberi oleh guru serta jauhkan sikap mengambil jalan mudah dengan meniru kerja kawan tanpa memahami akan maksud dan konsepnya. 7.     El

Tip Belajar

21 Tip Belajar Berkesan Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan. 1.                  Tidak mensia-siakan biar pun seminit 2.                  Membawa buku ke mana sahaja anda pergi 3.                  Gunakan masa awal pagi 4.                  Buat nota ringkas 5.                  Mengikut jadual sepenuhnya 6.                  Mencuba soalan tahun lalu 7.                  Ulang sebanyak kali yang boleh 8.                  Sentiasa bertanya kalau tidak faham 9.                  Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah 10.             Mengunjungi perpustakaan 11.             Menjadi model dalam rumah 12.             Imbangkan masa kokorikulum dan akademik 13.             Belajar mengikut rentak sendiri   14.            

Pesanan

Pesanan Buat DIRI mu 1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU. 2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU. 3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU. 4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI. 5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI....

Kenapa Gagal

Kenapa Gagal ? KEGAGALAN seseorang itu bukan bermakna dia tidak mempunyai kekuatan seperti mana orang lain, tetapi di samping kekuatan terdapat kelemahannya tersendiri. Kelemahan diri itu berpunca daripada kelalaian dan kurang kepekaan terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. Malah kelemahan ini juga berpunca daripada keselesaan yang dinikmati hinggakan tidak sanggup menerima dan mengadapi ketidakselesaan yang merupakan salah satu cabaran dalam kehidupan seharian. Kurang daya tahan Belajar memerlukan daya ketahanan mental, fizikal dan rohani. Otak perlu berfikir untuk mencari penyelesaian dalam sesuatu permasalahan dalam pembelajaran. Diri memerlukan disiplin yang ketat terutamanya ketika berada dalam kelas, mengulang kaji di rumah dan berinteraksi dengan rakan. Jadual waktu belajar di sekolah dan di rumah harus dipatuhi dan diamalkan secara sistematik dan berterusan. Dalam melaksanakan segala tugasan, murid perlu berjiwa kental, sabar dan percaya pada diri sen

Warna dan pengaruhnya

PENGARUH WARNA PADA INDIVIDU MENGIKUT HARI – HARI DALAM SEMINGGU Isnin Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal (NW1) dan Kelenjar Pitutary (NW2). Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin. Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini. Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang d