Cara belajar

BEBERAPA PERINGATAN KEPADA PELAJAR

1.    Tidak keterlaluan membaca sehingga kurang tidur.
2.    Belajar dengan hati yang tenang dan lapang. Pastikan semua kerja atau masalah diselesaikan terlebih dahulu sebelum anda memulakan pembelajaran/study.
3.    Disiplinkan diri anda. Pastikan anda tidak membuang masa dengan kerja-kerja yang sia-sia. Tepatilah masa belajar yang anda telah tetapkan dan pastikan anda ada masa untuk merehatkan otak secukupnya.
4.    Elakkan daripada memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda letih dan mengantuk.Elakkan diri anda daripada membaca dan menghafal matematik. Sebaliknya cubalah memperbanyakkan latihan mengira dan memahami formula dan konsepnya.
5.    Berbincang dengan rakan yang lebih memahami dan elakkan daripada sifat malu bertanya.
6.    Elakkan daripada sifat menangguhkan sesuatu kerja yang diberi oleh guru serta jauhkan sikap mengambil jalan mudah dengan meniru kerja kawan tanpa memahami akan maksud dan konsepnya.
7.    Elakkan mengumpulkan nota yang diberikan oleh guru sehingga bertimbun barulah hendak mengulangkajinya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tip Belajar